Pengurusan harian masjid digerakkan oleh biro-biro di bawah Jawatankuasa Kariah. Setiap biro bertanggungjawab ke atas bidang tertentu seperti berikut:
1. Biro Pengurusan & Pentadbiran
Merancang dasar dan hala tuju masjid, menyelaras program, surat-menyurat serta hubungan dengan JAIS, MAIS, pejabat agama daerah dan agensi luar.
2. Biro Kewangan, Ekonomi & Harta
Mengurus kutipan dan perbelanjaan mengikut garis panduan JAIS, menyediakan penyata kewangan bulanan dan tahunan, serta meneroka sumber pendapatan lestari untuk masjid.
3. Biro Dakwah
Merancang aktiviti dakwah sepanjang tahun, program bersama masyarakat setempat dan bimbingan kepada saudara baru.
4. Biro Pendidikan & Pengajian
Menyusun jadual kuliah Maghrib, Subuh dan Dhuha, kelas al-Quran dan fardu ain, kursus haji serta program Ramadan.
5. Biro Belia, Penerangan & IT
Menggerakkan aktiviti belia dan sukan, serta menyebarkan maklumat masjid melalui laman web, media sosial, papan kenyataan dan sistem siaraya.
6. Biro Kebajikan, Khairat & Keselamatan
Menyalurkan bantuan kepada asnaf dan golongan memerlukan, mengurus Badan Khairat Kematian dan pengurusan jenazah, serta keselamatan masjid.
7. Biro Sambutan, Keraian & Kebersihan
Menyelaras sambutan hari kebesaran Islam, jamuan majlis rasmi, tempahan kemudahan dan kebersihan kawasan masjid.
8. Biro Pembangunan, Teknikal & Tanah Wakaf
Merancang dan melaksana projek pembangunan serta penyelenggaraan bangunan, dan mengurus harta wakaf masjid.
9. Biro Muslimat & Keceriaan
Menggerakkan program untuk muslimat dan kanak-kanak, serta memastikan suasana masjid yang ceria dan mesra keluarga.