Langkau ke kandungan
Ahad, 1 November 2026 |21 Jamadilawal 1448H |Kapar, Klang

Sumbangan

Infaq, wakaf dan sumbangan untuk memakmurkan masjid.

“Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.” — Hadis riwayat al-Bukhari & Muslim

Sumbangan tuan/puan membantu menampung kos operasi masjid, program ilmu, kebajikan asnaf dan penyelenggaraan bangunan.

Akaun Rasmi Masjid

Untuk melaksanakan infak, sumbangan atau derma, sila buat pindahan ke akaun rasmi di bawah atau imbas DuitNow QR masjid.

Bank Islam
1201 0010 0957 48
Nama akaun: Masjid Kampung Perepat
Nyatakan tujuan pindahan di ruangan rujukan / recipient reference, cth. INFAQ JUMAAT KHAIRAT KORBAN WAKAF AQIQAH — supaya bendahari dapat merekod sumbangan anda dengan tepat.
DuitNow QR
DuitNow QR Masjid Kampung Perepat
Imbas dengan aplikasi bank / e-dompet

Sila pastikan nama penerima ialah Masjid Kampung Perepat sebelum membuat pindahan. Masjid tidak pernah meminta sumbangan melalui akaun peribadi.

Poster Rasmi Infaq

Poster rasmi infaq Masjid Kampung Perepat — Bank Islam dan DuitNow QR

Imbas kod QR menggunakan aplikasi perbankan atau e-dompet. Pastikan nama penerima yang dipaparkan ialah Masjid Kampung Perepat.

Tabung Sumbangan

Tabung Kegunaan
Tabung Masjid Operasi harian, utiliti dan program ilmu
Tabung Pembangunan Penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan
Tabung Anak Yatim & Asnaf Bantuan kepada golongan memerlukan dalam kariah
Tabung Khairat Kematian Pengurusan jenazah anak kariah

Nyatakan tujuan sumbangan pada rujukan pindahan (cth. PEMBANGUNAN atau ASNAF). Untuk resit rasmi, sila hantar bukti pindahan kepada pejabat masjid.